Thursday, April 01, 2010

Siapa aku didepan TUHANKU?

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

Wednesday, January 13, 2010

Hati Kerinduan

Selembar daun kerinduan menutup rasa.
Menyeret langkah kaki untuk mencari.
Dalam setiap detik dan setiap kerdipan dalam pandangan.
Tak pernah satu pun terlepas dari tali ingatan.
Jiwaku lemas sayu memandang.
Kerana dahaga akan pertemuan yang menjadi penawar kerinduan.
Sampai dimana akan habis rasa ini?
Sampai disitu batas kumencari.

Friday, November 27, 2009

Perlu ke?

Perlu ke?
utk bercerita pasal seseorg yang menyakitkan hati anda..atau perlu ke anda memberi tahu kepada semua org atau lebih tepat skali "menjual cerita". Ok itu mulut anda, suke hati anda la. Anda ada hak utk itu semua.

Perlu ke?
utk menyumpah orang-orang yang menyakitkan hati anda? haha. Sedangkan nabi pun ampun kan umat..owh! anda bukan nabi, tp ape salahnye jika anda berkelakuan seperti nabi.. xpe la dunia akhir zaman..itu hak anda. saya pun kena byk blaja lg..sy bukan la baik sgt.. anda kan petah bila berbicara.. mampu mempengaruhi alam semesta. anda sahaja yang betul..sy ni penipu je.

Perlu ke?
utk anda mengatakan bahawa anda tidak memaafkan seseorang yg menipu dan menyakitkan hati anda? haha. tidak mengapa anda ada hak utk itu semua. tp perlu ke "menjual cerita" pada orang yang tidak tahu ape2? hmm rasanye, itu hak anda jua utk bersuara.. orang yg xtau ape2 pun boleh terpengaruh dgn kata2 anda. seperti biasa la xde siapa yg mempercayai kita bila kita menipu bukan..Salah kita juga, pandai menabur janji yg akhirnya memakan diri.. jika sudah menyedari ape itu kesalahan kita.. xsalah kan utk di perbetulkan.?

Tapi,
anda perlu memikirkan ape yang anda katakan itu dahulu sebelum anda mengeluarkan, tp jika dia tetap tidak memahami jua.. terus terang sahaja la walaupun ia menyakitkan..bukan tidak bersyukur.. tetapi utk kebaikan.. bahasakan mmg sgt indah bukan.. tetapi bahasa boleh juga melukakan.

Jadi,
anda teruskan la dgn sumpah seranah anda atau kata2 anda yg sgt bermakna bg pengikut2 anda yg tidak tahu ape2. owh ya maybe tahu sedikit sebanyak sahaja. itu pun cerita dari pihak anda.. xpe la. kita xperlu nak terikut ikut seperti anda, jika kita ikut, kita pun seperti anda :) anda sahaja yang betul, tp anda tidak pernah terpikir ape yang anda lakukan pada kita..xpe andakan sempurna :)

*setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya :) itulah namanya asam garam Kehidupun, owh jgn lupekan karma juga.. kerana dye akan berlaku pada kita nanti.. dan anda? pasti terselamat dari karma bukan :) xpe la kita doakan supaya anda terselamat dari segala benda karma..

Friday, October 30, 2009

Syairazi Sulaiman yg Baru :)

Yang dah berlalu biarkan berlalu. cuma di sini aku nak ceritankan kesimpulan di atas segala-galanya.

Berginilah kesudahan cerita cinta 2 tahun yg telah terlerai sama sekali. aku yg start benda2 ni semua, so aku yang tanggung tp kau xperlu la nak suruh aku menyesal ok? aku buat benda ini semua ada sebab. so ko xperlu la nak tau ape sebabnye. sebab bile aku bercerita bukan penah ko pahamkan. aku cerita 10 maybe yg ko phm hanye 2 jerk, then xpyh la aku cerita. dan ko xperlu la nak babitkan org laen and nak sound2 and perli2 or update status kau dekat mane2 dinding. owh ya ko kan artist. so biarkan la kau dgn dunia ko. ko akan diam setelah penat ko berlari. dan ko akan terduduk setelah ko letih dgn ni semua, jgn plak ko dah terngantuk baru nak terngadah sudah la, ko yang tutup pintu2 peluang kan? yah! mmg aku create benda ni, tp aku tau ape yg aku buat. tp ko biasa la bertindak ikut emosi dari akal fikiran dan xpenah paham. terlalu mengcomplicatedkan situation. amik satu contoh jerk, "sy xde nafsu dgn mane2 lelaki". hahahah seolah-olah memperbodoh bodohkan diri sendiri. biasa la org yg bertindak ikut emosi biasanya mmg bergitu. dye x pk agaknye suatu ari nanti jodohnya dah sampai dye kawen dgn sape plak. haih manusia2! aku tau aku penyebab, dan aku tau ape yg aku buat. dan kwn2 sekeliling ko tuh ibarat jarum2 yg nak mencucuk belon supaya wat ko lagi meletop. dah la artist, ko manusia biasa la, ko same jerk mcm semua org. ko jgn nak mencabar ape yang patut dicabarkan.. dunia hanye persinggahan saje. aku tau ko akan pergi, tp aku nak tgk ko pergi dgn keadaan tenang sebagaimana ko dtg dekat aku. tp ko yg slalu berEMOSI..haih..dah la xperlu nak cerita panjang lebar la. aku bukan nak buruk2kan ko tp ape yg aku ceritakan ni adalah realiti setelah aku buta tentang cinta yang hakiki. jadi ko bukan lah calon cinta hakiki aku.. aku patut mencintai Tuhan aku yang hakiki.. baru aku tenang utk tempuh dunia realiti, dan ko teruskan dgn dunia fantasi ko, jgn sesekali mencari atau tuntut aku di hari pembalasan nanti. aku xkan hadir utk ko. dan janji2 aku tu xtercapai di sebabkan ko jua. jgn sesekali diungkit ape yg aku janjikan pada ko suatu ketika dulu, kerna aku tau orang lain akan kotakan janji aku itu :) so aku akan pergi dan sekali aku pergi aku xkan pandang kebelakang lagi dan ko xperlula mencari. sebab aku Syairazi Sulaiman yang BARU :) tq d atas segala galanya dan pengorbanan ko tetap aku hargai walaupun kemana aku pergi..

*btw aku masih cintakan wanita :P *aku perlukan wanita dlm hidup aku :) dan ape yang pasti bukan kau orangnye :)

Tuesday, October 20, 2009

Puisi Laraku yang Pertama..

belum pernah aku memainkan prinsipku sendiri.
belum pernah pula aku mencuba-cuba memutarkan perasaanku ini.
aku pernah menganggap apa yang aku rasakan ini adalah sebuah realiti yang sebenarnya aku pun tak mengerti apa yang aku bicarakan.
prinsipku, percaya pada satu cinta yang tak pernah digoyahkan.
panasnya matahari,
dinginnya ais di alaska,
mahupun gempa bumi yang menggongcang jogja.

aku selalu berpegang pada suatu yang selalu aku percayai.
cinta itu satu dan satu itu cinta.
sakit perit aku pendamkan sendiri kejiwaku yang selalu berpegang pada satu ini.
aku hanya akan menanamkan rasa ini pada satu cinta.
namun,
demi tuhan yang menciptakan langit dan isinya.
benarkah apa yang aku rasakan ini.
aku bersujud pada setiap malam yang membentangkan kesejukannya.
kesejukan yang semakin memerosokanku pada sebuah kebimbangan yang besar.

aku bermain dengan perasaan aku sendiri.
aku bermain dengan prinsip abadiku yang ku menyarankan sebagai simbol kebodohan terbesar pada diri aku.
aku bermain dengan hatiku.
benarkah wujudnya aku ini..?

aku baru saja jatuh cinta pada dia yang baru..

Sunday, October 11, 2009

I'm back with new book, new chapter and the SAME WRITER

LAME aku meninggal dunia penulisan aku. mungkin dr sini aku dapat menghilangkan rasa tekanan yang aku lalui dlm tempoh masa yg lame. last aku post blog aku pada Ahad, May 18, 2008, masa time tuh aku odw nak belayar ke Pulau Lagenda. Dan sekarang Ahad, October 11, 2009, hampir 1 tahun setengah aku meninggalkan dunia blog ni. Mungkin kali ni, insyaALLAH aku akan bergiat semula dlm dunia ini utk meluahkan ape yg aku rasa dan ape yg aku pendam utk sedikit sebanyak utk mengisi ruang ruang keseorangan dlm hidup aku ini.

First of all aku seorg lelaki yang baru sahaja kecewa di atas tindakan aku sendiri demi memilik masa depan yg cerah dan pada waktu yg same aku menelan pahit-pahit kehidupan dan kenangan-kenangan selama 2 tahun bersama. mungkin aku kena biasakan dgn hidup sebegini. Di atas dunia nih mmg xde sape yg akan lari dari membuat keputusan, jadi aku sebagai seorg ank lelaki di dlm keluarga aku, terpaksa membuat keputusan utk menyakiti hati seseorg. Aku kurang gemar membuat keputusan seperti sebegini, yang akan menyakitkan hati org laen dan hidup aku mula kesunyian. setelah biasa dgn kehidupan sepeti dulu. Dan kini aku perlulah memulakan strategi2 utk mengatur hidup diri aku utk memlalui hidup di hari hadapan. Mungkin butir2 dan kisah2 hidup aku dah tertulis di atas kertasNYA. Mungkin setiap ketentuanNYA kita selalu merungut, tetapi kita tidak sedar bahawa setiap ciptaan2NYA, setiap kejadian2NYA pasti ada manfaat utk diri kita di dunia dan juga akhirat. Jadi kita sebagai manusia yg x pernah lari dari dosa, patut bersyukur kerana kita masih lagi menghembus nafas di atas muka bumi ini. Tapi Kenapa kita hendak mengakhiri hidup kita sendiri? apekah tidak cukup dgn keistimewaan yg di beri olehNYA? atau sengaja bertindak diluar pemikiran kerana benda yg kita hadapi ada di dlm pemikiran. jadi kenapa perlu bertindak di luar pemikiran? itu bukan cara utk menyelesaikan masalah(lagi lagi berhubung soal perasaan), tetapi mudah utk mendekati neraka. knp kita hendak hapuskan diri kita kerana CINTA? kenapa kita kurang paham ape itu erti cinta? dgn alasan utk melupakan semuanya. hmm ok cukup! if ada jodoh ada la.. sekarang aku menyeksa ko dgn keputusan aku dan di hari yg akan datang keadaan yg akan menyeksa aku dgn keputusan aku. Tapi apekan daya org yg meneran aku jauh lg penting. Jadi ko perlulah bersabar, kerana Tuhan tidak akan merugikan org yang bersabar, dan ko akan terus tersenyum bile ko sudah puas bersabar.... dan aku? biar Tuhan dan aku sahaja yang tahu kebenaran diatas segalanya...


Sekarang, keadaan perlahan-lahan menyeksa batin dan perasaan aku..
jadi aku juga patut bersabar, kerana aku percaya Tuhan tidak akan sesekali merugikan hambaNYA yang bersabar :)

..kehidupan aku dikala siang aku terlupa dan dikala malam aku kembali mengenang..

Sunday, May 18, 2008

Malam2 kerinduan..

aku akan rindu :
frodo
tumbelina
LINA
dan jua Blog .

Mungkin aku melayari ko 4 or 5 hari yang akan dtg .
mungkin ada cite yg indah dari pulau lagenda atau jln2 hendak kesana.
ok doakan aku sampai ke pulau yang aku tuju sambil meredah lautan yg terbentang luas di selat melaka nanti :)