Thursday, April 01, 2010

Siapa aku didepan TUHANKU?

SUBUHNYA...
Dimana ku berada,
Masih enak di dalam kelambu rindu,
Sambil berfoya-foya dgn waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran terus bercelaru,
Terlupa ku semakin dihujung waktu,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ZOHORNYA...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku terlupa betapa besar kerugian,
Jika kumenggadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku didepan TUHANKU?

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi,
Terlalu panas tak dihujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
Siapa aku di depan TUHANKU?

MAGHRIBNYA...
Aku melihat warna malam,
Tapi aku masih berlegar disebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertingkat-tingkat,
Siapa aku di depan TUHANKU?

ISYA'NYA...
Kerana masanya yang panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
Aku membiarkan kelesuan mengganguku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktuku,
Siapa aku di depan TUHANKU?

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila ku melambatkan sujudku,
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid sepi,
Kerana dihujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah dibawa solat disini,
Jika ruangku dibiar kosong,
Jika wajahku menjadi asing,
Pada mentari dan bintang-bintang...

Wednesday, January 13, 2010

Hati Kerinduan

Selembar daun kerinduan menutup rasa.
Menyeret langkah kaki untuk mencari.
Dalam setiap detik dan setiap kerdipan dalam pandangan.
Tak pernah satu pun terlepas dari tali ingatan.
Jiwaku lemas sayu memandang.
Kerana dahaga akan pertemuan yang menjadi penawar kerinduan.
Sampai dimana akan habis rasa ini?
Sampai disitu batas kumencari.